Saturday 21 November 2009

bINgkisaN doaKU..

Ya Allah



Seandainya telah Engkau catatkan...


Dia milikku tercipta buatku...


Satukanlah hatinya dengan hatiku...


Titipkanlah kebahagiaan antara kami...


Agar kemestaan itu abadi...


Dan ya Allah...ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi


Seiringkanlah kami melayari hidup ini...


Ketepian yang sejahtera dan kekal abadi...






Tetapi ya Allah...


Seandainya telah Engkau takdirkan...


Dia bukan milikku...


Bawalah ia jauh dari pandangan ku...


Luputkanlah ia dari ingatanku...


Dan peliharalah aku dari kekecewaan...


Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...


Berikanlah aku kekuatan...


Berikanlah aku kekuatan...


Melontar bayangannya jauh ke dada langit...


Hilang bersama senja nan merah...


Agarku bisa bahagia...


Walaupun tanpa bersama dengannya...


Dan ya Allah Yang Tercinta...


Gantikanlah yang telah hilang...


Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...


Walaupun tidak sama dengan takdirMu...


Pasrahlah aku dengan takdirMu...


Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...


Adalah yang terbaik buatku...Kerana Engkau Maha Mengerti...


Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...






Ya Allah...


Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...


Di dunia dan di akhirat...


Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini...


Jangan engkau biarkan aku sendirian...


Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...


Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...


Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup....


Ke jalan yang Engkau redhai...


Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.






Amin...Ya Rabbal A'lamin

Saturday 17 October 2009

Renungan Bersama


Wahai SUAMI renungkanlah
      Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
      Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
      Tidaklah setaqwa Aisyah
      Tidaklah setabah Fatimah
      Justeru,
      Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
      solehah..
      Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
      Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
      Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
      Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
      Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
      Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
      Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
      Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
      Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
      Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
      Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
      Memiliki isteri yang tak sehebat mana
      Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
      Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
      Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
      Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
      Amin.

      Wahai ISTERI pula renungkanlah
      Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
      Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
      Tidaklah setaqwa Ibrahim
      Tidak setabah Ayyub
      Tidak segagah MusaApalagi setampan Yusuf
      Justeru
      Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun
      keturunan yang soleh
      Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
      Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
      Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
      Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
      Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
      ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
      Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
      Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
      Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
      Memilik suami yang tak segagah mana..
      Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
      Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
      Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
      Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
      Amin.

      Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
      Jangan menuntut terlalu tinggi
      Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
      Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
      Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
      Tidak perlu isteri secantik Balqis
      Andai diri tidak sehebat Sulaiman
      Mengapa mengharapkan suami setampanYusuf
      Seandai kasih tak setulus Zulaikha
      Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
      Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Friday 9 October 2009

unTuk SEorAng Yang BErnama WanITa

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...

Thursday 24 September 2009

Salam lebaRAN Buat Semua



Ramadhan semakin jauh berlabuh
Bakal meninggalkan jejak kita
Berlari kita membawa taqwa
Bersama redha yang tersimpul
Syawal akan bertandang
Mengharumi segala amalan kita
Melambai bagai satu pesta
Meraikan kemenangan ini
Merdeka dari segala ujian
Inilah nikmat ALLAH

Untuk teman-teman yang akan pulang ke kampung,
didoakan selamat sampai, berhati-hati di jalan raya.
dan berdoa pada ALLAH moga dipermudahkan jalanan hidup kita.
Moga kita semua dapat bertemu kembali di bulan
hadapan, kenang daku dalam doa mu

Tuesday 8 September 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada ALLAH Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal men yediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai ILAHI....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai TUHAN ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula ku sanggup ke Nerakamu ...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu
"ya ALLAH jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"




AMIN......


 

P/s: CopY paste kat mail Box..huhuhu

Friday 4 September 2009

MPH pUnyEr CitEr..

tIme aKu mErayap minggu lepas kat tesco bkt tinggi..sajEr jer aku nak g bLi baRang daPUr tuk bukak pose ( konon2 jer r tue!! )..kT umah siap pasang niat jangan nak membazir tym bulan pose nih..huhuhu..lEpas jer aku bayar sume barang yang aku bli, aku tengok MPH bOOkstore cam x ader orang jer so aku pun gatallah sesangat nak masuk....dOk aku ralik ngok buku,sales girl kat situ cakap mph kat sini dah nak tutup so kalo bli ader disc 10%..buLat gak r maTa aku Dengar..aku Pun aper lagi sumer novel aku nak cEkau..Pnat Otak aku nak Fikir novel aper yang patut aku bli tp sbnar x smpat nak fikir Pun,apEr yang adEr aku amik jer…bIler Tym nak Bayar tuh mmg dah X bleh nak cakap,mengigil akU nak Hulur Duit kat cashier tuh..mana tak nya total aku bLi sumer mencecah rM200..mak aih rabak giler poket aku tuk bulan nih..Dah teRbatal niat aku x nak m'bazir..SungguHlah aku nih kalO bab m'bazIR tue no 1 tp tuk bukU jer..tp Bab nak BLi bUKu tak makan kaT mc d sElama 2 blan pun sanggup (bTOiker??)…oRg ckap m'bazir amalan si nates tuh tp tym pose nie aku rasa si nates tue dh kna ikat.. jadi ekin nie ikut amalan saper??? SaPer nak tolong aKu Jawab???

Thursday 3 September 2009

Masih Mencari Cinta ?

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.


Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai "Mr Right" atau "Ms Right" mereka.


Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka "betul-betul mengenali" individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.


Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.


Ada pula yang terlampau "bahagia" sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.


Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.


ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN

Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman "kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati". Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.

Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.


WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR


Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.


Lalu Umar berkata "Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab."


Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.


Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.


Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.


DISEBALIK PERKAHWINAN


Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut.


Dititik inilah biasanya muncul masalah "suami curang" atau "isteri curang". Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks.


Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya. Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana cinta semasa mereka dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.


APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS


Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia.


Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia.


Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab.


Siti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama.


Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya :


Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah karena Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, "Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah" Nabi s.a.w bersabda, "Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak. {Riwayat Bukhari}


Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67}


Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab.


Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik.



Kesimpulan


Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan "cinta sejati" Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya.

Wednesday 2 September 2009

Sunday 23 August 2009

FrIEndSHip..

F - is for Fun...That friends share
when they are together.

R - is for Reliability...A true friend is
someone that you can always rely on.

I - is for Interest...Someone who is
genuinely interested in you,your fears,
joys, and life.

E - is for Energy...They pick you up
when you are down,and give you the
energy to go on and believe in yourself.

N - is for Nothing...Nothing is ever too
much,no matter what time it is,
night or day.

D - is for Distance...Although the miles
may separate you,a true friend
is never far away.

S - is for Secrets...Your feelings and
private thoughts that you can only share
with a friend.

H - is for Happiness...The way I feel
when we are together.

I - is for Inseparable...Through good
times and bad,tears and laughter.

P is for Perfect...The friendship that
you and I share,You make normal days
into special days,Turn my tears of
sorrow
into tears of laughter..

Friday 21 August 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah



Sungguh cantik kain plekat
dipakai orang pergi ke pekan
Puasa Ramadhan semakin dekat
silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung
yang ada cuma rumpun jerami
harapan hati bertatap langsung
cuma terlayang n3 ini.

Sebelum cahaya syurga padam
Sebelum hidup berakhir
Sebelum pintu taubat tertutup
Sebelum Ramadhan datang
saya mohon maaf zahir dan batin semua....:)

selamat menyambut Ramadhan semua..:) moga amalan Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dan peroleh lebih keberkatan dari tahun sebelumnya..

Tuesday 11 August 2009

PeTUa MeLayARi rUMah TaNGga


Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua
insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui.
Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal
menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua
yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah
tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan
sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah
semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Monday 3 August 2009

nOVel TErbarU!!!!!!

hari ahad hri tuh pepagi aku dah bangun n tak terbongkang lagi kat katil dan yang penting tak sempat pun nak malakarkan peta dunia..hehehehe
hari tuh aku planning nak g mandi kat wet world..alahai cam dah kembali kezamam kanak2 lak.tp yang pnting aku njoy!!!

haRi tue JUga aku Sempat menambahkan koleksi novel..berhbs r duit aku tp dah minat nak wat cam mana erk..Buku Yg smPat aku Bli 5 Thun 5 Bulan , TUnaS kedua2 nih dri HLOVATE..mEMang Best GLER cter nih..SEmpOI ajer..SamPai tak tidO aku nak abIS bCER NiH..Memang BERBaloi!!!

Thursday 30 July 2009

BeTUlKer KitA sanGGup Buat apER jEr Untuk Org TErsayaNG??


Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yang orang tu cakap
Tapi bila dia mengata kita ??

Hati cakap: Takpe mana ada manusia perfect

Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun takpe
Tapi bila dia tunggu kita ??
Dia marah-marah

Hati cakap: Adatlah, ada yang menunggu dan ditunggu

Bila kita sayang orang tu
Kita tak tidur pun takpe, janji dia tak bosan
Tapi bila kita bosan, ada dia layan kita ??

Hati cakap: Takpe dia busy lah tu

Ada ke orang macam ni ??

Bila kita sayang orang tu
Kita gaduh dengan dia, kita diamkan je
Tapi dia??
Hebohkan dekat satu dunia

Hati cakap: Takpe, dia tengah tension tu

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap dengan dia
Tapi engage sebab dia gayut dengan orang lain

Hati cakap: Takpe, tak salah borak dengan kawan

Bila kita sayang orang tu
Kita dengar je semua cerita dia
every words kita ingat
Tapi bila kita yang cerita
haram dia nak dengar, baik cerita dengan kucing

Hati cakap: takpe, sayang dia kan

People can be so vain, sometimes

Bila kita sayang orang tu
Kita dengan dia tengah lapar
Kita sanggup bagi semua makanan dekat dia
Tapi bila kita yang lapar
Dia buat bodoh je

hAti cakap: Hati kekasih kena jaga

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest kalau dia letih
Tapi bila kita yang letih, dia suruh jugak kita layan dia
Adil ke macam tu ??

Hati cakap: Takpe, bukannya selalu pun

Bila kita sayang orang tu
Kita jadi macam kucing hilang anak bila tahu dia sakit
Tapi bila kita sakit, dia keluar lepak dengan member

Hati cakap: Takpe, takkan nak berkepit je

Takkan nak jaga hati dia je ?? Hati kita ??

Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah selfish
Tapi dia, hipokrit tahap gaban

Hati cakap: Takpe, dia memang macam tu

Bila kita sayang orang tu
Kita tak sanggup nak tinggalkan dia
Tapi dia tak pernah pun nak hargai kewujudan kita

Hati cakap: awak tahu tak kita sayang awak ??

Bila kita sayang orang tu
Kita sayang nak tinggalkan dia buat selama-lamanya
Tapi dia tak tahu pun kita berdepan dengan maut
Bila kita cakap kita sakit, dia cakap sakit tu biasalah
Bila kita cakap kita nak mati, dia cakap jangan mengarut

Hati cakap: Kalau kita takde, mesti dia happy

Wednesday 29 July 2009

Gerhana matahari satu peringatan


BELUM pun berpisah dengan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita dijodohkan pula dengan peristiwa gerhana matahari yang menyaksikan satu lagi tanda kebesaran dan keagungan-Nya.
Selaku seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.
Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba- Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba- Nya dengan kedua-duanya."
Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk: 59)
Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini.
Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini: "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."
Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW.
Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir.
Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata, "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita."
Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan.
Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.
Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut.
Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya.
Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya.
"Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:
"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".
Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".
Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.
Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita.
Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta?
Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan. Namun, dari perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta.
Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya..
Hikmah di sebalik kejadian gerhana
Terlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:
Menzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan.
Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan. Firman Allah yang maksud-Nya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37)
Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya.
Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)
Menggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.
Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba- Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin.
Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj?
Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar? Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya
Amalan sunat semasa gerhana
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana.. Di antaranya ialah:
Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".
Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: "Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.
Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: "Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."
Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."
Memerdekakan hamba. Asma' ra berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. "Dalam satu riwayat: "Gerhana bulan."
Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.

Tuesday 21 July 2009

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Jom Pergi TErjah..